Tag Archives: Nikon SB-800

Don’t Fear The Light O Strange Lady of The Night… (a.k.a. A Fashion photo op during Crossing Bridges 7 : Cebu Bacolod Iloilo, The Philippines)

While I was in The Philippines, I met a strange lady…

..a Strange Lady who seems to fear the Light…

..since I have a camera handy (with a pair of PocketWizard™ Plus 2 and some assorted Nikon SB-800 & SB900 Speedlights all packed nicely in my Lowepro® Computrekker™), I took a series of photo and VOILA!

Lastolite Triflash bracket (a.k.a. Riang ria penataan lampu denyar banyak-banyak di lokasi…)

Pengguna-pengguna lampu denyar teknik dairek flash akan perasan apabila mau lantunkan lampu denyar ke langit (supaya membirukan langit dan awan yang terletak nun 10 ribu kaki di atas udara akan “melembutkan” cahaya lantunan lampu denyar tersebut) akan mendapati usaha tersebut sia-sia belaka sebab cahaya yang turun dari langit dan kembali balik ke bumi akan tiba keesokan harinya dimana subjek plak dah lama belah dari tempat kejadian.

Amat tidak masuk akal sekali perenggan pengenalan kemasukkan laman citramaya kali ini. Patut lah buku penataan cahaya yang aku bilang aku sedang tulis (semenjak tahun lepas) tu tak siap-siap derafnya sampai sekarang lah whoah hahahahah.

Lastolite™ Triflash® bracket adalah satu lagi peralatan aksesori (yang mahal. Harga RM211.00 sebijik dijual oleh fototeacher.com di Cheras, Kuala Lumpur tapi sekurang-kurangnya ianya diperbuat dari besi bukannya macham picu tetuang udara berjenama Pocket Wizard yang mahal jugak harganya dan buatannya dari plastik ajer. Tahukah anda bahawa Jalan Cheras tersangatlah panjang sehinggakan ianya terbahagi kepada Jalan Cheras Kuala Lumpur dan Jalan Cheras Selangor? Sekarang anda tahu lah) yang anda mahu miliki sebab Pakcik Joe McNally  di Amerika Utara dan kini Enche Ted Adnan dari Kajang, Selangor pula yang menggunakannya di dalam kerja sehari-hari apabila membuat penataan cahaya fotografi dengan menggunakan lampu denyar mudahalih berjenama Nikon™.

Khasiatnya?

Cuba lihat gambar di bawah…

Alamak! Salah gambar laaaaa, ni ha gambar yang sebenar-benarnya aku nak anda semua tengok…

Sebijik Lampu denyar Nikon SB-26 bersama peranti picu tetuang udara tidak berjenama. Gambar dirakam tahun 2006...

…dan bandingkan dengan Triflash bracket pula..

Pendakap lampu denyar TriFlash, semalam...

..lihat khasiatnya? Boleh pasang 3 bijik lampu denyar sekali gus! Power lampu denyar tu bertambah 3x ganda!!! Haaaaa! Itulah khasiatnya.

Jikalau terasa 3x ganda kekuatan lampu denyar tuh kuat sangat boleh ajer diturunkan ke minimal, chuba lihat panel LCD lampu denyar di atas, semuanya pada kekuatan 1/4 maka chepat lampu denyar itu “recycle” serta kuranglah Nikon SB-900 tu “overheat”. (Kes overheat tu boleh diatasi dengan memadamkan “setting” overheat tuh di dalam lampu denyar Nikon SB-900. Apa maksud anda tak tahu boleh padamkan setting tuh? Pastinya anda konfirm tak bacha itu manual semua nak kasi suap ajer cheh!)

Salah seorang yang bijak pandai di antara anda nanti pastinya akan meng-utarakan soalan nakal seperti berikut:

Soalan nakal anda: Kalau pakai satu ajer lampu denyar aku pakai full power dapat kesan macham pakai 3 bijik lampu yang si Ted ni setting pada power rendah. “Auta” ajer tuh ni sesajer nak menunjuk-nunjuk dia terer lah tuh. Korang tau kan dia dok sibuk jaja “16th October Lighting Seminar ” dia tu yang nak buat kat Auditorium KLIUC. Ngam-ngam dia bikin itu seminar sebelum musim wedding November & Disember ni start. Sapa yang nak main lighting outdoor untuk gambar wedding outdoor macham Ted Adnan bikin boleh lah try applykan apa yang diorang belajar dari seminar tu nanti.

Macham lah tak tahu nawaitu dia tu cheh!

Jawaban saya: Di bawah bumbung, suasana teduh, serta lewat petang di mana cahaya sekitar (ambient) kurang, satu ajer lampu denyar Nikon SB-900 aatau Nikon SB-800 waima Nikon SB-600 pun dah cukup menerangi subjek matter kita tu lah. Ni nak lawan matahari yang panas terik tu yang kantoi bradder. Sebijik lampu denyar digunakan sechara terus (direct flash) hanya berkesan jikalau subjek berada TIDAK JAUH dari lampu denyar tersebut lah. Bila pakai kotak lembut, atau payung, kuasa pancharan cahaya lampu denyar tersebut akan dipotong banyak sangat, efek nya hampir takder paling kuat pun ada kilat-kilatan “catchlight” pada mata.

Tak faham?

Esok-esok lah aku sambung balik. Ni citer Speedlight Pro Kit pun tak abis-abis lagik *winks*

Epa Redux

Aku berkenalan dengan Epa pada tahun 2006 dan kitarang jadik kawan (bukannya macham ‘kawan fesbuk’, tak pernah jumpa tapi nak ‘kawan’ gak, Tak faham aku pasal ‘friend’ dlm fesbuk ni haih !) dan kadang-kadang aku featured dia dalam workshop aku *grins*

Untuk tahun 2010 nih, aku nak mulakan dengan photoshoot dan apa lagik photoshoot terbaik kalau tak involved kawan-kawan kan?

Epa Redux 2010 - a contact sheet

kalau engkorang rasa gambar tu kecik sangat dan nak tengok gambar lagik besar, nah sila download di sini lah

Bila datang laman citramaya ni musti you all nak tahu tentang set-up lighting kan?

Sila tiru set-up dibawah ni tengok nkorang dapat ke tidak hasilnya whoah hahahahah

Model: Epa
Wardrobe: model’s own
Make-up: Zue Hashim
Art Direction and Lighting: Ted Adnan
Text-ing and fesbuk-ing ‘Voice Activated Lightstands’: Izzi and napie (dua-dua pernah join Ted Adnan’s Lighting Workshop dan selalu ‘kena ajak’ outing Ted Adnan
Tempat: near Barebone Studio, Saujana Impian, Kajang
Catering: Mamak, very dekat dengan Studio