Kadang-kadang… (a.k.a. All Work and No Play Makes Ted A Dull boy…)

Written by Tedadnan on July 26th, 2010

Ada perasan laman blog citramaya ini ada banyak hari tidak diisi? Haaaaaa… petanda baik tuh, tandanya aku sedang bekerja. Kalau aku tak kerja aku isi blog ini. Bila aku ada kerja aku tak isi ini blog.

Ada baik aku bilang macham ni, sebab di dalam perihal marketing bengkel penataan cahaya aku aku tulis,

You get to learn all that, and many many more lighting tips and tricks, from a published, working professional photographers with 10++ years experience shooting advertising and corporate assignments for a diverse range of clientele.

Tu dia, aku bilang aku “working professional photographers”, yang bikin macham-macham job (potret corporate, gambar kahwen, buat interior, fotografi travel, buku laporan tahunan, event antarabangsa berlangsung di Kuala Lumpur, penggambaran fotografi aerial dan macham-macham lagi kechuali underwater. Tang ni kawan aku Enche Ariffin (juga dikenali sebagai “The HDR Dewd”)  yang ada online folio dia di sini yang mahir penggambaran video dan gambar pegun bawah air. Bukan sekali dua ajer dapat job sebegitu, hampir setiap bulan ada job underwater) bukan jenis Wirawan fesbuk serta forum sibuk bikin bengkel dan kelas bila takder kerja. Adalah seorang dua yang dok perlekehkan orang macham aku sebab:

a) aku takder niche, semua job sapu  janji duit masuk

b) aku takder style, siap bilang “lebih baik jadi fotografer satu ajer style, dari fotografer beribu-ribu style”

Heheheh kalau orang bertanya aku sedemikian depan-depan aku, aku chakap, satu style atau beribu style, janji duit masyuk sebab aku versatile lah whoah hahahahahah

_____________________________

Bila bilang pasal sibuk bekerja ni, semalam aku bikin satu sesi fotografi  dengan Che’ Lindani, gambar tak siap edit tapi yang ni lah aku nak kongsi dulu…

No See No Speak No Hear No Evil...

Che Maryam bikin make-up, aku dengan T-shirt merah aku (minta ma’af perut aku nampak tak kemas daa..) dan Che Lindani dari Botswana. Gambar oleh R Petra (bekas student lighting workshop aku, laaa ni selalu join outing aku daaa…). Aku letak status dalam fesbuk sekonyong-konyongnya ramai lah yang bilang nak datang studio (baru) aku jenguk-jenguk. Yang jantan berani tanya dairek yang lain lain kias-kias dalam fesbuk ajer aku bo layan. Yang berkias-kiasan tu (kononyer segan) lah yang rugi.

Kalau anda mau bikin Wall Paper, eh, nanti dulu. Apasal lah mau bikin Wall Paper? Aku ada musykil. Ada lagi afdal beli gambar “fine art” dari aku, hasilnya boleh lah aku gunapakai untuk renovate dapur rumah aku nanti (“Kitchen Extension Project 2″ untuk sesapa yang biasa ikut laman citramaya ni. Setel projek tu baru aku boleh beli jentera beroda dua HD pula..), bini aku pastinya tersangatlah happy…

Cherita pasal outing nih, aku bikin outing samada lokasi atau studio khas untuk bekas peserta mana-mana bengkel penataan chahaya aku ajer. Kebetulan hari Ahad ni masih ada lagi 2-3 tempat kosong untuk Bengkel Penataan Chahaya dan Potret Lokasi Bersama Ted Adnan di Kuala Lumpur. Hanya Rm550.00 sahaja lepas ni takder lagik dah bengkel di Kuala Lumpur (kechuali Seminar 16 Oktober 2010 tu lah) untuk tahun ini. macham aku bilang tadik, outing masih ada, tapi KHAS kepada bekas peserta mana-mana bengkel/kelas/seminar penataan chahaya Ted Adnan ajer.

Chepat chepat rebut peluang ini lah! Wirawan fesbuk akan perli anda bazir-bazir duit join bengkel Si Ted yang bilang dia terer “lighting” ni tapi apa lah yang budak-budak tu tahu kan?

Anak muda baru nak ber-keris lah katakan.

Sekian, marketing untuk hari ini *winks*

 

2 Comments so far ↓

  1. wah lamanya tak berblogging?

  2. aniza says:

    Ted…bawak bersabar…jgn marah2. If you perform your work to the best, then you are the best..! No questions asked.

Leave a Comment