..6 hari lepas, sambil-sambil aku memetik metik butang pengatup kamera di Cameron Highlands bawak pelajar-pelajar Executive Diploma in Creative Photography & Digital Imaging Batch 1 (sudah ada Batch 2 dah! Semester depan baru jumpa diorang) belajar tentang landscape photography (aku jadi tenaga pengajar pembantu ajer, Enche Shamsyahrin yang tenaga pengajar teraju utama untuk module nih lah) aku ditegur oleh Enche Zamin Omar (juga dikenali sebagai AGGR, kependekkan “Azroy Gila-gila Remaja”. Sukahati nko lah Enche Zamin, apa aku kisah, kadang-kadang aku pun buat suka-suka hati aku ajer whoah hahahahahahahahahah). Suka dan gumbira plak perasaan aku, kawan lama daaaa! Ada aku berkunjung ke Pulau Pinang bikin reccee tinjau tinjau ruang dan tempat nak bikin bengkel fotografi di sana tapi macham macham halangan ada jadi tak berapa nak jadik. Ni bila berkumpa balik Enche Zamin insya-Allah jikalau tiada aral dan halangan, jadi lah, insya-Allah.
Gambar oleh Che Yong menggunakan kamera Nikon dan lampu denyar pop up sechara dairek ajer (itu bayang bayang terhasil dari lensa f dua titik lapan yang besar tu daaa. Kedudukan pop up flash tak chukup tinggi maka ada chahaya sedikit terhalang maka ujudlah bayang-bayang).
Enche Ted memakai baju brand Same-same dari Bangkok, sama-sama beli dengan Enche Mat Jepp. Topi dari Vietnam, ihsan Che Zue Hassim (yang feymes tuh!). Jam Tissot (10 tahun lebih daaa..) model’s own, beli dari duit job komersial pertama, selepas 5 tahun bikin wedding fotografi ajer heheheh.
Enche Zamin, nampak gaya-nyer, suka kaler pink *winks*
P.S. Sila tunggu satu pengumuman rasmi dari Enche Ted Adnan dan Enche Zamin AGGR tentang satu bengkel pengcahayaan fotografi DAN editing di kawasan Utara, tidak lama lagi. Mungkin awal tahun 2011.
2011 jauh lagik? Simpan dan kasi ingat tarikh ini, hujung bulan January atau awal bulan February, 2011.
P.P.S. Ingat, “Ted Adnan” sendiri yang turun, bukan budak-budak baru belajar kamera dan tahu ilmu “editing Enche Daud Bukit” ceduk dari orang tahu tiru tapi tak faham (maka jadi lah gamba ritu se-umpama kartun”) tapi gah luar biasa di fesbuk dan Innernet laung-laung suara dabik-dabik dada haluan sentuhan dia ajer yang betul orang lain pandang sebelah mata ajer. Well, “orang muda baru ber-keris” lah katakan whoah hahahahahah

hahahah dulu pun aku juma dia kat cameron.. dia dah buat resort kat cameron agaknya.. hehehhe … artikel yang terbaekkkk
“enche ahmad kasan”, sila kontek saya di talian e-mail tedadnan[at]gmail[com] lah seberapa segera ya? Boleh citer panjang-panjang lagik