Anda feymes sebab anda Istimewa atau Anda Istimewa sebab anda feymes? (Abdullah Jones dari zaman fotopages dulu-dulu…)

Written by Tedadnan on July 9th, 2010

Sekonyong-konyongnya ada kawan yang aku bersahabat (bukan kawan fesbuk yang suka-suka “friend” aku. Dulu aku tak gemar amik, jadi kawan tapi semenjak aku nak marketkan bengkel penataan cahaya aku yang aku bikin di sana sini maka aku add kan lah sebab diorang ni nanti akan join dan bila pulang akan war-warkan kepada kawan-kawan dia plak yang aku ni lagi bagus dari lain lain orang yang bikin workshop dan bengkel penataan cahaya yang merata-rata bersepah-sepah lagi banyak dan lagik “murah” pulak pengkerasnya dari aku lah sebab aku bikin follow up dan ajak join outing serta pekena teh tarik bila bila masa aku suka-suka nak umumkan cuma diorang ajer yang tak kesempatan nak join sebab sibuk pula dengan anak bini mak bapak kekasih boss pekerja kucing bela’an memancing dan lain lain lagi seribu satu alasan yang menasabah biler sudah didengar di corong telinga…) bilang, aku ni feymes. Aku tertawa lucu lah sebab aku tak rasa apa-apa pun.

Kalau aku rasa lapar, aku makan.

kalau aku rasa sakit perut, aku pergi jamban.

Kalau aku rasa haus, aku pergi bikin secangkir teh Lipton™ dan aku minum.

Kalau aku rasa pundi-pundi dah penuh, aku pergi jamban sekali lagik.

Kalau aku mengantuk aku tidur.

Kalau aku rasa gumbira aku tertawa.

Kalau aku rasa sedih, kadang-kadang aku muhasabah diri.

Kalau aku rasa sunyi, aku carik kawan-kawan.

Kalau aku rasa ada terlebih perasaan kasih sayang, aku main gurau-gurau dengan Isteri.

Kalau aku demam, badan aku rasa sakit-sakit, sebab terlebih gurau senda dengan Isteri, Isteri aku yang tolong bawak aku ke klinik dan jaga aku punya ubat.

Kalau beras nak habis, aku pergi kedai TESCO beli beras.

Kalau akaun bank aku susut, aku keluar rumah bekerja dengan keras.

Kalau mandi aku basah.

Kalau bawah panas matahari terik aku berpeluh.

Kalau aku mandi aku wangi.

Kalau aku buat salah orang marah.

Kalau aku buat dosa dan tidak mintak ampun pada Tuhan, aku mungkin masuk… (alamak tang ni ngeri sikit!)

Kalau riwayat aku tamat aku mengadap Illahi.

Pendeka kata, aku manusia biasa ajer.

Jadi apa yang “feymes” lah pasal “Ted Adnan” ni?

Aku tanya si “Ted Adnan” ni, apa istimewanya dia sampai orang sana-sini dok citer pasal dia ni “feymes?”

“Ntah lah”, jawab Ted. “Suka-suka hati diorang lah nak kata apa pun sebab aku pun kadang-kadang buat suka-suka hati aku lah whoah hahahahahahahahah” ujarnya sambil ketawa stail jahat dia yang feymes tuh…..

__________________________________

Bilang pasal feymes nih, masa zaman fotopages dok fey-mes satu masa dulu (sebab itu laman perchuma siapa-siapa ada komputer dan ada akaun Innernet boleh bukak akaun) aku selalu follow perkembangan penegang akaun  di sana.

Yang paling feymes masa tu (sekitar 2004-2008) seorang Penggemar Bas dari Brazil. Page dia hari-hari Nomor Satu! Aku, dan rakan-rakan lain yang ada fotopages amat musykil apa lah yang best sangat pasal bas ni. Kami sekalian langsung tak faham apa cheritera dia lah sebab dia ber-cheritera di dalam Bahasa Portugis.

(Yaaaa, Bahasa yang sama dengan Orang Eropah berbangsa Portugis yang me-Langgar Kesultanan Melaka 500 tahun dahulu! Untungnya kita yang hidup zaman ini,  lepas tu Orang Eropah berbahasa Belanda pulak yang langgar Portugis dan akhir sekali Orang Eropah yang duduk di pulau-pulau jajahan dan ditadbirkan Orang Inggeris pula yang tadbir kita. Kalau Bangsa Eropah berbahasa Portugis ni tak kalah dek Orang Eropah berbangsa Belanda mugkin sekarang ni kita boleh lah faham Bahasa Portugis dalam fotopages tu, no?)

Sebab aku tak faham Bahasa Portugis aku tukar lah arah tengok serta ikut perkembangan lain-lain pages kat situ, ada seorang karyawan dari Amerika dia amat gemar ambil gambar sendiri kemudian di fotoshopkan bahagian bahagian badan tampak seperti manusia tidak lengkap sifat. Dalam hasil seni dia tu (oh! digitalart bagi sesetengah orang, ada yang terima ada yang tidak. yang pasti di fotopages lah aku mula kenal artwork editing fotoshop 44 layer whoah hahahahahah). kadang-kadang ada tangan tumbuh di dada, kaki dari dua jadi 3, ada kelakuan tidak manis nak cherita kat sini tapi orang yang sama dok service diri sendiri *ahem*.

Pelik. Tapi itulah seni dia.

Bila-bila masa aku rasa terlebih pelik aku ikut pulak perkembangan karyawan lain yang amat ahli bermain main kamera. Ramaaaaai masa tu, bakat-bakat hebat belaka. Ada yang amik gambar kenduri kawin ajer, ada yang amik gambar karektor bernama “Orkibal” ajer. Ada yang suka amik gambar pemandangan. Ada yang suka ambil gambar potret. Macham-macham ada!

Antara hasil seni fotografi kesukaan aku di fotopages masa itu adalah Shaliza Mokhtar dan Mayang Sari. Chuba lah gugel search pasti jumpa pages diorang. Hasil gambar dari kamera mereka berdua ni amat “lembut”. Hanya jiwa Hawa yang dapat bikin orang Jantan boleh tiru tapi tak dapat buat.

Sebab aku ni Jantan dan aku tak dapat bikin hasil kerja macham Che Shaliza dan Che Mayang Sari, aku beralih pula tengok karya-karya Abdullah Jones.

Perchaya atau tidak, dia pakai MS Paint ajer bikin panel komik dia.

Aku jeles.

Panel yang aku suka, satu siri tentang pasangan Hitam dan Putih.

Kadang-kadang sekali sekala aku binchang pasal hasil seni dia dengan rakan-rakan fotopages yang lain, bila aku sudah tidak aktif lagi di laman citramaya itu, entah machamana aku pun lupa pasal Enche Abdullah Jones ini lah.

Sehinggalah semalam…

Enche Abdullah Jones (yang feymes), semalam. Gambar oleh Ted Adnan...

Subhanallah Allahu Akbar, dunia ni kechil ajer! Tup-tup ter-jumpa Enche Abdullah Jones! Abdullah Jones yang selama ni aku dok kagumi hasil seni pakai MS Paint ajer di fotopages. Abdullah Jones Seorang Artis Yang bermastautin di Kotaraya London pada masa dahulu. Abdullah Jones yang berkarya dengan nada satira. Abdullah Jones, nama yang penuh misteri. Abdullah Jones, akhirnya aku berjumpa di alam realiti.

Aku terhutang budi pada Enche Rejim yang bawak aku ke Galeri RajaWali di Taman Cenderasih, Kuantan, Pahang. Enche Rejim bersungguh sungguh beno mahu bawak aku ke situ, apa nak bikin, aku naik kereta di masa tu hahah.

Mungkin di dalam lingkaran ‘kawan-kawan’ fesbuk aku  dia tidak fey-mes tapi bagi aku amat ISTIMEWA sekali nama itu.

Sebabnya?

Abdullah Jones adalah di antara kawan-kawan aku *winks*

 

4 Comments so far ↓

  1. wazari wazir says:

    Ted Adnan pun Istimewa orangnya :-)

  2. Dee says:

    Nice write up Ted…. :) … Great way of introducing your influences for other generations to know and learn

  3. ahmad sani says:

    ted…aku pun kagum ngan karya shaliza tu…kalau kau nak tahu aku pernah satu office ngan dia..dulu mak bapak dia bos aku…hehehehe tapi masa aku kerja kat office bapak dia tak lah pulak dia gila foto ni..

  4. lilomojo says:

    bila haus minum Lipton.. Cepat2 delete sa belum nescafe saman ko ted. Panjang penulisannya.. tak sempat menghayati lagi.

Leave a Comment