FAQ: What’s Your Favourite Lens lah Enche’ Ted?

Written by Tedadnan on March 3rd, 2010

Adakalanya, semasa lepak-lepak pekena teh tarik sesama rakan-rakan yang baru bergiat di dalam bidang fotografi, soalan-soalan lazim yang lambat laun akan kuar adalah, “Apa favourite lens you lah bro Ted?”

Ya lah kan? Aku pun tak perasan soalan ini sebab aku pun tak pernah bertanya diri aku, apakah lensa kesukaan aku.

*Diam sejenak sambil berfikir*

______________________

Mungkin soalan yang patut ditanya adalah, apa jarak fokal yang banyak aku pakai untuk kerja seharian aku. Soalan yang ini lagik khusus, maka aku pun boleh lah jawab sechara khusus.

Sechara khususnya, jarak fokal kesukaan aku julatnya terletak dari 18mm (untuk format filem, bukan sensor 1.5x crop) ke 70mm/85mm. Samada bukaan rongga apaturnya bersaiz satu titik dua siap ada huruf ‘L’ di belakang, atau bukaan eff dua titik lapan ajer, tidak relevan untuk pengisian laman citra kali ini sebab jiaklau mau cherita sampai esok pun aku tak akan abiss taip karangan ini.

Lensa bidang luas 18mm untuk kesan, err…  fokal bidang luas (kesan ketara, subjek di hadapan akan mempunyai kesan herotan yang luar biasa terutama jika subjek di letak di tepi bingkai gambar) serta 85mm pula untuk kesan pemampatan perspektif maka nampak agak semulajadi bentuk dan erm, perspektif subjek terutamanya untuk potret.

Di dalam Bahasa Melayu ringkas: 18-35mm serta 24-70mm adalah dua lensa kesukaan aku lah whoahahah.

______________________________________________________________________________

Tapi kan, apakah maksudnya semua ni? *Sila garu-garu kepala yang tidak gatal jikalau anda tidak faham semua maksudnya jika itulah kebiasaan anda jika tidak faham maksud*

Setiap jarak fokal lensa yang berbeza memberi kesan yang berbeza-beza. Contohnya, jikalau menggunakan lensa bidang luas, subjek latar akan menjadi ‘kecil’ berbanding dengan subjek di hadapan, seperti ini…

Si Tua Penunggang Kuda menikmati cahaya matahari terbit di Pergunungan Bromo, Jawa Timur - gambar oleh Ted Adnan

Sila lihat perbezaan sais Si Penunggang Kuda (yang sedang duduk pada waktu gambar ini di ambil) dengan Gunung Batok di belakangnya. nampak Gunung di belakang itu seolah olah busut yang besar kan? Itu kesan penggunaan lensa bidang luas bila subjek dekat dengan lensa lain lain perkara di latar belakang menjadi lebih kecil.

(Sila gugel “foreshortening effect” kalau Bahasa Inggeris nko lebih baik dari Bahasa Melayu aku di lamna Citramaya ini lah)

Lepas aku dapat gambar di atas, aku rasa kesan pada jiwa raga penonton agak kurang sikit sebab gunung tuh dah jadi busut! Maka aku menggunakan pula lensa 70-200 dan aku tetapkan jarak fokal nya pada 200mm maka aku dapat gambar sebegini lah pulak..

Si Tua Penunggang Kuda, Pergunungan Bromo Semeru Tengger, Jawa Timur - gambar oleh Ted Adnan

Juru’kamera’ akan bercherita tentang ‘bo-keh’ pada latar belakang gambar nih. Biasalah budak-budak yang baru belajar, tak tau nak cherita apa akan cherita tentang teknik ajer. Jurufoto pula bila melihat gambar yang Nomor 2 ini akan terus nampak yang subjek utamanya adalah Si Penunggang Kuda ini tapi latarbelakangnya menunjukkan bahawa di belakangnya ada gunung/bukit yang besar sampai penuh bingkai gambar itu. Lensa berjarak fokal di antara 70mm ke atas akan meberi kesan sedemikian. lagi panjang jarak fokal lagik ‘kuat’ kesannya. Tidak perchaya kalu, chubalah try test tengok sendiri takkan nko terima bulat-bulat apa yang nko bacha dalam Innernet ni kan?

Cerita pendeknya: Si Tua Penunggang Kuda ini tinggal/hidup di persekitaran pergunungan. Caption yang ada tolong menguatkan cherita di dalam gambar.

(Sila gugel “compressed perspective” jikalau anda lebih fasih Bahasa Inggeris etc etc…)

Kamera: Sony DSLR A900

Lensa: Carl Zeiss 16-35mm untuk gambar pertama dan Sony SSM 70-200mm untuk gambar nomor 2

________________________________________________________________________

Balik semua kepada soalan lazim tuh,

“Apa favourite lens you lah bro Ted?”

Ya lah kan? Aku pun tak perasan soalan ini sebab aku pun tak pernah bertanya diri aku, apakah lensa kesukaan aku.

*Diam sejenak sambil berfikir*

Jawapan aku, “Apa lens yang aku ada masa nih, itu lah lensa kesukaan aku whoah hahahahahaha”.

*sengih dari telinga ke telinga*

 

6 Comments so far ↓

  1. dian nais says:

    dalam pemerhatian saya, ada satu lagi soalan lazim yang ditanya oleh mereka yang join Bengkel Penataan Cahaya Enche’ Ted iaitu: “Lensa Apakah Yang Paling Baik?” Lalu Enche’ Ted akan menjawab, “Lensa yang awak ada itulah yang terbaik..”

    good point!

  2. Tedadnan says:

    Ahh Enche Dian nais, trimas sebab komen chepat-chepat (apa tiada kerjakah di pejabat? ahahahah).

    Enche’ Chase jarvis ada falsafah yang sama yakni ” Best Camera” tapi dia develop dan market dulu padahal idea datang mungkin masa yang sama lah whoah hahahaha

    http://blog.chasejarvis.com/blog/2009/09/best-camera-iphone-app-book-community.html

    P.S. Apa macham iPhone Enche’ sudah load itu apps?

  3. ezwan mohd isa says:

    lens yang ada di tangan adalah lens yang terbaik…*mcm kenal je ayat ni*..hahaha

  4. dian nais says:

    heheh.. buat masa ini saya sudah menyiapkan semua kerja saya…. minggu ini saya bercadang untuk ambil cuti lebih awal..

    emm.. sangat menarik! $2.99 only ahaks.. am considering.. tengok macham mana lah!

    p.s. Enche Ted might want to consider a Globally Recognized Avatar (Gravatar).. http://www.gravatar.com/ :D komen enche ted akan lebih menarik..

  5. Albert Ng says:

    En’che Ted,

    Gambar kedua tidak dapat dilihat – adakalanya ia rangkaian terputus?

  6. Rosley B. Abdul Hadi says:

    satu penerangan yg baik…aku baca aku tertarik..:)

Leave a Comment