Sabtu lepas aku bikin satu photohunting trip dengan Persatuan Jurufoto Kuantan atas jemputan Presidennya saudara Azraie a.k.a Rejim…

Fotohunting Ted Adnan Bersama Pesatuan Jurufoto Kuantan
…mula-mula, kitaorang rakamkan gambar dengan cahaya sedia ajer ada (matahari, free mah!)
pasir yang putih tuh bertindak sebagai pembalik cahaya ‘reflector’ maka bayang-bayang yang ada tidak lah ‘keras’ sangat cam ni ha…
Amik gambar melawan puncha cahaya pun ada jugak, orang putih panggil teknik ni ‘contre jour’ ke apa (maksudnya ‘melawan matahar’i lah dalam Bahasa Perancis tuh, ni ha angle dia…
oleh sebab ini outing santai ajer bukan workshop maka banyaklah gambar-gambar sendiri dirakamkan hahahah. Ni membuat kombinasi penataan cahaya menggunakkan lampu studio dengan bateri muah alih dan lampu denyar SB-900 2-3 bijik…
..apa-apa hal pun, nak kasi cahaya ambient lagik gelap dengan menggunakan lampu denyar semata-mata amat sukar kerana power lampu denyar tu ‘ciput’ ajer dibandingkan dengan cahaya matahari, kena tunggu petng sikit baru boleh bikin efek yang aku nak …
Sebelum aku lupa, baik aku letak dulu gambar berkumpulan yang rasmi. Nak saiz lagik besar? Sila muat turun dari capaian ini…
Masa makan lunch kat McDonald Teluk Chempedak tu sempat lah aku bergambar dengan Presiden Persatuan Jurufoto Kuantan, saudara Regim aka Regimus Maximus Mongolus (The Fey-mous) aka Azraie. Sila lihat dia tunjuk kat bayang-bayang dia yang berambut kat belakang tuh *whoah hahahahaha gurau bro usah marah lah hahahah*
Chuba perati betul-betul, kalau si Quentin Tarantino tu botak jugak, macham ni ler rupa dia jangan main-main tau!
Terima Kasih kepada Persatuan Jurufoto Kuantan terutamanya kepada saudara Rejimus kerana sudi menjemput Ted Adnan ke outing ini. Insya Allah jikalau tiada aral bengkel penataan cahaya Ted Adnan akan singgah di Kuantan pada 16hb dan 17hb April (Sabtu, penataan lampu studio dan Ahad, penataan cahaya di lokasi). Apa-apa hal sila pre-booke dengan Saudara Rejimus. Ahli persatuan akan mendapat REBATE otomatik bila membuat pembayaran nanti. Butiran lanjut kena tanya Rejimus lerr…
*break lunch dan mini cakap-cakap fotografi bersama Ted Adnan di restoran makanan segera McDonad di bawah lindungan pokok-pokok besar di Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang. Aku rasa kalau aku letak gambar kitarang makan-makan pun bagus jugak tapi semua orang sibuk makan maka takder gambar lah*
Petang sikit, kitarang ke lokasi lain plak, ada matahari turun…
sebab cahaya matahari masih lagi kuat (walaupun dah dekat senja) maka kena pakai 2 bijik lampu SB-800 & SB-900 nak kasik lebih power lagi lampu dibalikkan dengan payun tuh. Bila pakai kelajuan pengatup tinggi (sebaiknya 1/25oth) maka ambient jadi lagi gelap lah…
Nak tahu apa hasilnya?
nah…
..last but not least, gambar wajib berkumpulan siap set-up lighting sekalik…
gambar besar kat sini daaa…
Terima Kasih sekalik lagik kepada Persatuan Jurufoto Kuantan dan semua ahli yang berjaya menghadirkan diri. Ada yang datang dari Rompin dna Maran semata-mata mau join ini outing photohunting ini. Sepertimana yang dibinchangkan denan Rejim untuk yang hadir pada hari ni akan dapat tawaran teramat istimewa pada bengkel April 2010 di Kuantan nanti insya-Allah (“wah, si ted ni promosi kaw-kaw lah bengkel penataan cahaya dia machamlah orang lain tak bikin workshop lagik murah plak tuh ceh pii raahhh”).
Keesokkan harinya, aku jumpa kawan lama ‘tembeling’ a.k.a. Dr Jamal, sambil makan breakfast kitarang share-share gambar.
Baru aku teringat, banyak gambar Semporna Sabah, Bukit Tinggi Padang dan Gunung Bromo Surabaya aku tak post dan kongsi sama you all lagik nanti lah biler aku senang sikit hahah.
Gambar susah payah nak amik dan kena pula pergi tempat jauh-jauh lepas tu setakat simpan HDD ajer tarak maknanya, kalau tak sanggup buat photobook/custom album print 8″X12″ lepas tu masuk folio book jadik lah share-share masa sesi teh tarik kurang manis atau lepak sama-sama kawan-kawan. Jadik, apa lagik tunggu depan komputer bacha blog ni ha? Pergi lah kuar amik gambar lepas tuh print sekeping dua kasik aku tengok kalau tak lawa aku koyakkan ajer (lepas tu pi la kuar shoot balik) whoah hahahahahah











terima kasih atas peluang berouting..
mesti mau print.. mesti mau print.. orang pahang sangat best..
ahaks.. tengah edit.. tengah edit..
cun lighting ni… esok jugak saya tiru!
Dian biler udah print kasik aku tengok aku tegur mana perlu beri pujian bila chantek lah
lilomojo lama tak dengar khabar! Nko selalu tak praktis amik gambar set-up dan teknik tempohari? *grins*
Terima Kasih banyak-banyak Ted atas segala tunjuk ajar especially pasal off camera lighting. Pergi workshop Agah Permadi aku terus je gabung dengan teknik ray of light yang dia ajar.