Pendaftaran ‘Cakap-cakap Fotografi Ted Adnan Siri-3′ kini dibuka!

Written by Tedadnan on January 5th, 2010

‘Cakap-cakap Fotografi’ adalah satu siri sesi perkongsian ilmu secara santai terbuka kepada penggiat serta peminat fotografi yang baru menceburi bidang seni kreatif ini di mana antara tajuk yang akan disentuh adalah asas komposisi fotografi serta asas penataan cahaya.

Tempat: Studio Mudio
Alamat: 18-2, Jalan PJU 5/21, The Strand Kota Damansara,
47810, Petaling Jaya ,Selangor, Malaysia

Tarikh: 16th January 2010
Masa: Jam 10 pagi – 1 tengahari
Tiket: RM30.00 seorang
RM10.00 untuk umur 18 kebawah
(bayar pada hari tersebut)
Terhad kepada 30 orang sahaja
Hidangan ringan akan disediakan

Sepanjang program ini para peserta akan didedahkan dengan seni komposisi secara lisan diselangi dengan pertunjukan gambar yang berkaitan.

Untuk siri ke-3 program ini, Penganjur ‘Cakap-cakap Fotografi Ted Adnan’ menjemput seorang jurufoto alam semulajadi En Khairul Azhar Ramli (a.k.a. stockie ) untuk berkongsi ilmu serta hasil karyanya

Usah lepaskan peluang keemasan ini! Sila sahkan penyertaan melalui e-mail  dengan kepala tajuk:

“Saya ingin menyertai Cakap-cakap Fotografi Ted Adnan Siri-3″

ke: tedadnanworkshop@gmail.com

Tunggu apa lagi? Siapa chepat dia dapat lah

 

1 Comments so far ↓

  1. Irwan Musa says:

    nice Phototalk…

Leave a Comment