Pendaftaran ‘Cakap-Cakap Fotografi Ted Adnan Siri Ke-2′ kini dibuka!

Written by Tedadnan on October 13th, 2009

Pendaftaran ‘Cakap-Cakap Fotografi Ted Adnan Siri Ke-2′ kini dibuka!

‘Cakap-cakap Fotografi’ adalah satu siri sesi perkongsian ilmu secara santai terbuka kepada penggiat serta peminat fotografi yang baru menceburi bidang seni kreatif ini di mana antara tajuk yang akan disentuh adalah asas komposisi fotografi serta asas penataan cahaya.

Tempat: Itudio Studio

Alamat:

31D-2 Kelana Mall, 
Jln SS 6/12, 
47301, Petaling Jaya 
Selangor, Malaysia

Tarikh: 31st October 2009

Masa: Jam 10 pagi – 1 tengahari

Tiket: RM20.00 seorang (bayar pada hari tersebut)

Terhad kepada 30 orang.

Sepanjang program ini para peserta akan didedahkan dengan seni komposisi secara lisan diselangi dengan pertunjukan gambar yang berkaitan.

Untuk siri ke-2 program ini, Penganjur ‘Cakap-cakap Fotografi Ted Adnan’ menjemput seorang jurufoto perkahwinan En Iskandar Ibrahim untuk berkongsi ilmu serta hasil karyanya.

Hasil kerja Encik Iskandar Ibrahim boleh dilihat di sini

Arah ke Itudio di sini

Tunggu apa lagi? Rebut lah peluang ini!

Daftarlah kehadiran anda dengan menghantar email ke : tedadnanworkshop@gmail.com

dengan tajuk: ‘Kehadiran Cakap-cakap Fotografi Ted Adnan Siri Ke-2′. Sila nyatakan nama dan alamat email anda.

 

3 Comments so far ↓

  1. sitiruzaimah says:

    owh noooooooooooooooooooo!!.. i’ll b in langkawi on dis date. so, i’m gonna count out myself again lor… :(

  2. dilaBangi says:

    salam Cikgu Ted,
    oh ini yang Cikgu Hadi bagitahu kat forum DF ni. Ada kosong lagi ke cikgu?

    ** Cikgu ted
    kim salam kat MAKCIK KETEREH erk:-)

  3. rafil says:

    See you there.

Leave a Comment





2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Ted Adnan’s Lighting blog (with bad grammars) and such… » Blog Archive » Been busy since coming back from Crossing Bridges 6…
  2. Anna-Rina Photography | Malaysian Lifestyle Portrait & Wedding Photographer » Paying It Forward