…sekonyong-konyong nya dikhabarkan angin yang lalu bahawasa nya ada sa-Orang yang Ahli bermain-main dengan cahaya petir dengan gah menepuk-nepuk dada ber-tempik (Editor : *ahem* maksud “tempik” itu “jerit” di dalam Bahasa Melayu. Lain pula maksudnya di dalam Bahasa Jawa lah. Sekian.)
“jikalau tidak ahli bermain-main dengan cahaya sedia ada, lupa kan saja niat mahu bermain-main cahaya petir dari lampu denyar 1, 2, 3 atau 4 bijik. Samada sechara terus menerus atau dengan softbox atau umbrella juga ada nya. Sebab akan buang-buang masa setting kuasa petir sana sini sampai subjek pun hilang mood juga ada nya kena pula gambar di rescue dengan Photoshop™ 44 layer* sehingga kelihatan seperti langit mau runtuh** juga tona lari tunggang langgang maka anda akan kemaluan besar*** pabila di belakang hari pabila Dunia akan tertawa melihat hasil kerja anda juga”
——————————————————————

Che Zainefer Edlen di dalam cahaya sedia ada tona kekuningan di pantai Bagan Lalang, minggu lepas …
EXIF Data untuk “fotografer” yang ber-kampung di Facebook (yang kebanyakkan-nya minta disuap selalu):
Kamera : Nikon D3
Lensa : 24-70mm dizoomkan ke 50mm
Bukaan apatur: f Dua titik Lapan
Halaju pengatup: 1/200
ISO: 200
Pasca Produksi Lightroom™: WB, Exposure, highlights, whites, clarity,, vibrance, saturation
Pasca Produksi Photoshop™: unsharp mask, film grain, text
Itu sahaja. (<– Editor: Eleh! Nampak benar si Ted Adnan ni tak terer Photoshop langsung tapi siap perli orang yang senang berfotoshop sekeping gambar tak tidur malam esok siang pergi kerja kerani malam esoknya sambung fotoshop lagi lusa jadi Zombie plak sebab tak tidur siang malam)
—————————————————
Nota kaki :
* Gurau sayang yang telah disalah ertikan
** Fotoshop gaya “langit nak Runtuh” : teknik pasca produksi bernama HDR di mana ahli nya taksub bercheritera perihal teknik tapi karangan gambar dan pengcherita’an (budak budak kampung Facebook bilang “kompo”) buang ke laut
*** disebut dengan gaya serta intonasi seorang ahlul politik yang pernah menjadi Menteri selama berbelas tahun juga adanya sama popular seperti M.G. Ramachandran seorang pelakon pelem di benua kechil India. (Marah pada AirAsia masih di hati sebab kensel flight ke Delhi padahal tiket sudah di beli mahu ke sana sudah patah hati poket juga pokai laa ni ada baik kerja keras carik lagik job beli beras untuk jaga anak bini)
Gambar lebih besar di sini lah
guna reflektor utk lawan backlight yang kuat master?