Baru ajer dapat sebijik ring light, ni bikin test sikit lah…
..nah! Sedikit testing ringkas lampu studio ring light yang aku baru beli semalam. Pengamatan aku, suhu warna cahaya seperti ada sedikit kebiruan, yang tak reti PS 44 layer pun tahu tang mana nak ejas kasik buang biru tu di dalam kerja post nanti. Kualiti cahaya SAMA macham direct flash juga, bezanya, disebabkan bentuknya yang seperti kuih keria (kosong di tengah-tengah) itu membolehkan lensa di masukkan di dalamnya (yang kaki imaginasi terlebih terlebih akan bayangkan perkara lain yang tidak ada kena mengena dengan fotografi juga adanya…) membuatkan limpahan cahaya dari ring light ini agak sekata, bayang-bayang yang terujud kelihatan lebih lembut tetapi akan munchul di “keliling” subject, macham “halo” gitu.
Perihal imbangan warna lari, tiada masalah jika hanya lampu ini ajer yang digunakan, bila mahu bikin multiple light set up baru akan tahu lah machamana masalah nak ejas nanti. Untuk menyelesaikan masalah aku mungkin akan letak warming gel “seadanya” pada ring light itu, ada caranya, itu rahsialah buat masa ni.
Pada firasat aku, jika kulit tidak cantik licin seperti telur ayam rebus (dan dibuang cengkerangnya) pasti akan ada masalah. 4 hari 4 malam nak tachap kulit pun belum tentu akan berjaya. Errm, saya bercherita tentang saya yang tak terer Photoshop ni ha, jadi pembikinan make-up yang teliti juga penting. Ni yang nak kena bikin test lagik nih heheheh… Tengoklah camner, minggu depan bila ada sedikit senang aku akan test lagik, kali ni dengan MUA siap talent dan wardrobe disponsor lagik oleh designer nyer.
Ni nak balik tidur lah sebab esok flight ke Sarawak nak bikin bengkel penataan cahaya di Saratok pula lah.
oh! Aku bawak ring light ni sekali


