Pendaftaran ‘Cakap-Cakap Fotografi Ted Adnan Siri Ke-4? kini dibuka!
‘Cakap-cakap Fotografi’ adalah satu siri sesi perkongsian ilmu secara santai terbuka kepada penggiat serta peminat fotografi yang baru menceburi bidang seni kreatif ini di mana antara tajuk yang akan disentuh adalah asas komposisi fotografi serta asas penataan cahaya.
Tempat: Barebone Studio
Alamat: Jalan Impian Perdana 1, Saujana Impian, Kajang
Selangor, Malaysia
Tarikh: 11hb Disember 2010
Masa: Jam 10 pagi – 1 tengahari
Tiket: PERCHUMA!!!
Terhad kepada 20 orang peserta sahaja.
Sepanjang program ini para peserta akan didedahkan dengan seni komposisi secara lisan diselangi dengan pertunjukan gambar yang berkaitan.
Untuk siri ke-3 program ini, Penganjur ‘Cakap-cakap Fotografi Ted Adnan’ menjemput seorang jurufoto yang tidak asing lagi iatu Saudara Khairul Azhar Ramli, juga di kenali dengan nama “stockie”, untuk berkongsi ilmu serta hasil karyanya.
Laman beliau di sini
Hasil kerja Saudara Khairul Azhar Ramli boleh dilihat di sini.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang.
Rebut lah peluang ini!
Daftarlah kehadiran anda dengan menghantar email ke : tedadnanworkshop@gmail.com
dengan tajuk: ‘Cakap-cakap Fotografi Ted Adnan bersama Stockie 11th December 2010′. Sila nyatakan nama, nomor telefon anda dan pengalaman berfotografi (beginners, hobbyist, advanced amateur) di dalam e-mail tersebut.
Anda akan dihubungi dengan e-mail untuk pengesahan penyertaan anda serta nama juga akan diumumkan di blog saya di http://www.tedadnan.com sebelum 5 Disember 2010

Pingback: Ted Adnan’s Lighting blog (with bad grammars) and such… » Blog Archive » Back from Crossing Bridges 7 in Cebu Bacolod Iloilo (and a lighting workshop in Manila oso!)
Pingback: Ted Adnan’s Lighting blog (with bad grammars) and such… » Blog Archive » Cakap-cakap Fotografi bersama Ted Adnan feat. Stockie, updated participant list