Daily Archives: May 3, 2010

Artikel penataan chahaya dan buku penataan chahaya yang sedang dikarang (pelan-pelan)

Aku sekarang sedang mengarang karangan-karangan penataan chahaya untuk blog ini serta juga untuk buku penataan chahaya (yang aku pernah bilang pada kamuorang dalam blog ni sebelum ni lah) tapi aku sangkut plak pada beberapa bahagian (orang putih kata ‘writer’s block). Bila aku bacha balik dan tengok gambar-gambar yang aku nak masukkan dalam buku tuh aku tengok terlebih pulak perkara-perkara yang rumit (seumpamanya, apasal aku tak suka pakai Nikon High Speed Sync Flash padahal Enche Joe McNally cakap bagus teknik tu di dalam buku dan seminar penataan cahaya dia lah).

Di dalam bengkel penataan chahaya yang aku selalu buat (tapi tahun ni agak kurang sebab ada sedikit sibuk lah) aku mula dari pengenalan lampu denyar, penggunaan lampu denyar sebijik di samping campur dengan cahaya matahari/bulan/bintang etc (mix lighting maahhh) sampai lah penggunaan lampu denyar banyak-banyak setting seumpama setting lampu studio.

Hmmmmm, mungkin aku patut bikin penerangan lebih lanjut pasal perihal yang aku baru sebut tadik tuh di dalam buku yang aku sedang karang jadik akan nampak tebal dan bermutu lah itu buku heheh…

Lampu denyar sebijik campur dengan matahari (petang) pun BOLEH!

Apa-apahal pun, jikalau kamuorang ada kemusykilan hal-hal berkaitan chahaya, semulajadi atau buatan, usah segan silu, silalah hantar soalan-soalan ke tedadnan@gmail.com dengan kepala tajuk: “Aku ada musykil pasal penataan chahaya lah” aku chuba jawab seberapa segera di dalam blog ini dan kalau soalan itu amat menarik aku akan masukkan ke dalam buku penataan chahaya yang aku bilang aku sedang karang ini lah.

Tunggu apa lagi? Karang dan kirim lah soalan-soalan anda itu sekarang!