Monthly Archives: September 2009

Away for Crossing Bridges 6 trip in Padang Sumatera…

I’m joining the PhotoMalaysia team for the Crossing Bridges trip for the 3rd consecutive year starting from tomorrow till the 2nd of October 2009. As such, there will no blog update till then (funnily, I wonder wether people actually read this blog. Sometimes I feel like I ‘m standing in a spotlight on a stage in a darkened auditorium and doing a monologue. Naahhh, I got my web stats to prove that there’s actually some modest hits on this site lah heh heh heh…) .

I might update my fesbuk account whenever I can find a WIFI spot in Padang. See how lah.

Here’s a pretty picture of some fishermen enjoying the sunrise while waiting for their tekong (boat captain, if you dont’ch know the Malay word lah. The alternative word to use is ‘juragan’. ‘Nakhoda’ is usually reserved for captain of ships. Eh, why lah the semantics thing pops up here?  This is a lighting blog *with bad grammars* _and such_ after all… )

Camera: Sony A900
Lens: 24-70 Carl Zeiss zooming lens thing @ about 40mm, cropped to 16:9 format in post
Exposure: Aperture Priority @ f/5
WB: 6450 Kelvinº in camera, tweaked to 9000Kº for added warmth in post

Silhouette are easy to shoot, just point your camera to your backlit subject(s) (make sure there’s a strong light source behind your subject(s), preferably the Sun lah if it’s daytime), make sure there’s separation between your foreground subject(s) against the light and shoot away.

Just dontch look into direct sunlight when you peers into the viewfinder, all that focussed sunlight can damaged your optic nerve, so that’s why lah I hid the Sun behind my subject matter whenever I do silhouette.

If I can do it (making a pretty silhouette pic-ture), _You_ oso can what!

Jalan-jalan Cari gambar bersama Ted Adnan dan Kawan-kawan…

Jalan-jalan Cari Gambar bersama Ted Adnan dan Kawan-kawan… (or Ted Adnan’s Photo Outing with Friends-friends…)

Dari semasa ke semasa, sebagai bonus kepada kawan-kawan (dan juga bekas peserta bengkel penataan cahaya Ted Adnan..) aku bikin outing fotografi.

Tujuannya? Bagi semua orang peringat balik apa yang dah dipelajari tempohari. Kalau lama tak bikin nanti dikhuatiri lupa pula..

Sampai sahaja di lokasi di pantai Bagan Lalang, kami terus set-up lampu Bowens Esprit Gemini 500 w/s (dijanakan dengan Battery Pak) serta sebuah kotak lembut bentuk octabox (Octa = dari perkataan Yunani bermaksud lapan. Tengok kotak lembut tuh ada 8 segi, tak perchaya, chuba kira tengok).

Kotak lembut itu kawan aku Ariffin yang punyer, dia baru dapat dari US maaahh ni kitarang nak chuba try test tengok nih heheheheh…

Setting gambar atas:

Kelajuan pengatup: 1/250th (ini kelajuan pengatup paling itnggi boleh dapat dengan kamera D3 tu bila menggunkan lampu studio. Kalau pakai lampu denyar Nikon sendiri menggunaan sistem CLS (creative lighting system – teknik penataan cahaya sechara TTL tanpa wayar) boleh dapat kelajuan pengatup lagi tinggi tapi kekuatan cahayanya dikurangkan sebab rekabentuk sistem CLS tu sendiri. Ini tajuk entry blog aku lain hari lah)

bukaan apatur: f/11 (ni habit zaman aku pakai lamera medium format masa zaman filem dulu. f/11 adalah bukaan apatur optimum untuk lena medium format, ikut pengalaman aku lah)

ISO: L.1 ( ISO 100 ler ni. Nikon punyer ‘default’ ISO setting adalah ISO 200). Chuba lihat kembali gambar Ariffin di atas, di bahagian rambut dan lengan ada sedikit kesan ‘rim light’ dari cahaya matahari yang datang dari bahagian belakang Ariffin.

Nkorang musti tanya, bolehkah dapat kesan ini dengan menggunakanlampu dneyar SB900 ajer?

Jawapannya, boleh, tapi kesan tak sama sebab kekuatan cahaya dari lampu denyar tu tak chukup kuat untuk ‘melawan’ terangnya cahaya matahari. yang pasti, bahagian langit di belakang akan jadi ‘putih’ sangat sebab terlebih dedahan walaupun bahagian yang diterangi ahay dari lampu denyar tu chukup sudah.

Tak perchaya chuba lah try test tengok sendiri (takkan nkorang perchaya bulat-bulat apa yang aku cheriterakan dalam Innernet ni kan?)

Aku suka set-up awal-awal sebab gambar yang aku nak hanya masa matahari dah terbenam dah, macham ni ha…

Hahahah gelap sangat tu kan?

Haaaa, masa ni lah lampu studio berjenama Bowens Esprit Gemini 500 w/s dijanakan dengan Batery Pak dan dipasang pula dengan kotak lembut bersegi lapan tu berguna, macham nih…

(iklan sikit: isi kandungan post ini mungkin akan dimasukkan ke dalam buku penataan cahaya yang sedang aku tulis nih. See how lah…)

Tapi kan, aku cuak sikit nak pakai lampu studio (yang sudah tentunya harganya melebih selori berisi kampit beras) kat tepi laut, time air pasang lak tuh! Jadik kami simpan semua set lampu studio tu dan pakai lampu denyar ajer.

Ketika matahari telah pun hilang di bawah ufuk, bila awan meliputi ruang angkasa raya dan keadaan menjadi kelam hampir gelap gelita, dengan menggunakan lampu denyar berjenama Nikon SB-800 dan SB-900 dan remote commander SU-800 untuk menyalakan kedua-dua lampu tersebut, nkorang masih boleh lagi bermain-main kamera tatkala pengguna jenama lain (kasihan sungguh diorang tuh) sudah ‘tutup kedai’ whoah hahahahahahahahah

Jenama Kamera: Nikon
Jenis: D3
Lensa: 18-35mm sudut pandangan 20mm (lebih kurang lah)
Penataan Cahaya: Nikon SB-900 and Nikon SB-800 Speedlight, dikawal dengan Nikon SU-800 Remote Commander. Kedua-dua lampu denyar dinyalakan dengan mode TTL di dalam Grup A.
Dedahan: 3 saat, aku nak lebih cahaya ambient masuk. Kesan dari dedahan yang lama ni nampak seolah-olah ada pergerakkan maka nampak seperti ‘menari-nari’….

Nota: Memang tak nak nampakkan muka 
Nota 2: Memang nampak ‘noise’
Nota 3: Memang nak ‘repeat’ balik (aku nak tambah lagik idea heheh)

Nota 4: Kalau nko tak pernah ajak aku join outing nkorang, chamner aku nak ajak nko join outing aku?

Nota 5: Merujuk kepada Nota 4: Aku ajak bekas peserta workshop ajer join outing (group kecik, 5~6 orang ajer, mana-mana yang jawab sms aku dulu, itu ler yang konfirm whoah hahahah) jadi memang takder chance lah nkorang akan diajak join outing aku whoah hahahahha

P.S. Dengan lampu denyar SB-900 dan SB-800 untuk mendapatkan gambar sebegini, ANDA PUN BOLEH!!!

FAQ: Cahaya matahari ajer pun BOLEH!

FAQ: Ted, berapa banyak lampu engko ada dan apa jenama nko pakai/rekomen dan mana yang murah dan biler sekali nko shoot berapa banyak pulak nko pakai daaa untuk gambar/set-up/assignment kat link sekian-sekian enko shoo tuntuk si polan dan si polan seumpamnya… ?

(Soalan di atas adalah singkatan dari beberapa soalan yang selalu nkorang dok tanya satu masa dulu dalam Yahoo Messenger. Laa ni nkorang dah advance dah, nkorang banyak tanya aku pakai fesbuk chat ajer….)

Buat masa ini *ahem* aku ada 3x bijik (ajer) lampu studio, suatu masa dulu masa aku takder lampu studio aku pernah ada 4 bijik lampu denyar jenama Nikon jenis SB-26. AKu jugak ada 2 bijik lampu denyar Nikon SB-800 dan 2x lampu denyar Sony (untuk pakai dengan kamera Sony aku ajer.

Sekarang lampu denyar SB-26 tu 3 dah jahanam (pakai lasak semenjak 2002 maahhh ke lokasi sana sini) tinggal sebijik ajer. Lampu denyar SB-800 yang pertama aku beli dah terbakar dah nak pi hantar Nikon service aku garenti nanti dia quote rega baik pulih serupa beli baru (baik aku beli lampu denyar Nikon SB-900 yang sama nilai dengan berpuluh puluh kampit beras tu!), lampu studio jarang-jarang aku nak bawak kuar masa penggambaran sebab

a. berat

b. lambat nak set-up (Client busy maah dalam satu hari nak 24 setting dan gambar  kena siap sebab aku caj professional fees ikut hari bukan ikut syot hahah)

c. kena ada assistant tolong angkat, pasang dan ejas. nak kena kira gak kos tuh…

d. kalau pergi shooting luar negara *ahem* Airasia akan cas aku bagaj fees kaw-kaw mahal punyer (tak pernah lagik la nak bawak barang banyak-banyak camtuh, laa ni pun aku biler aku naik Airasia nak ke mana-mana aku dok struggle nak kurangkan berat beg aku supaya bawah 15kg apa lagik lampu studio satu set dengan semua aksesori dan kabel serta wiring dan lain lain lagik bender berkaitan aiseh men…)

e. tak semua Client boleh/sanggup bayar kos tu semua (whoah hahahahah)

jadi nak tak nak kadang kala ada masanya baik pakai cahaya sedia ada ajer.

Cahaya sedia ada? Amender tuh, kalau di lokasi di luar cahaya sedia ada yang ada (whoah hahah) ialah cahaya matahari lah!

Masalah problem bila nak pakai cahaya matahari ialah:

Pagi, atau petang penataan cahayanya chantek sebab cahaya datang serong dari tepi bukan seperti cahaya matahari waktu tengahari cahaya dari atas. Bila datang dari atas, bayang-bayang akan jatuh ke bawah maka akan ada bahagian subjek menjadi gelap. Nak terangkan pakai program imejan bernama ‘photoshop’ pasti nampak ‘tipu’ (Pada pendapat aku lah. Nkorang pikir ler sindri…) . Bila matahari pagi datang dari tepi, jikalau ada oran gbertopi, maka dapat lah gambar seperti ini:

(Camera: Sony A900, lensa: 1635 CZ sudut pandangan pada 18mm, nilai dedahan: f/8…)

Tak payah pakai lampu denyar pun, fotografi dengan menggunakan cahaya matahari ajer pun BOLEH!

P.S. tapi kamu semua kena bangun pagi-pagi lah nak kejar matahari terbit whoah hahahahahahaha