Sessi Teh Tarik Bersama Kawan-kawan (aka TT session with a friend or two…)

Sepanjang 2-3 bulan lepas aku sibuk bekerja (Alhamdullilah, lepas lah makan pakai aku anak beranak dan bayar gaji staff serta ada sikit lebih buka studio baru…), 2-3 hari ni aku sibuk pula bersua muka dengan kawan-kawan dan rakan taulan mengukuhkan talian serta ber’network’ing seadanya sekian.

Malam kelmarin…

Ada seorang berbangsa Eropah dari negeri bernama Italy berkongsi serba sedikit tentang percetakan gambar hitam putih sechara alternatif. tak main lah setakat amik gambar dijital lepas itu ‘tukar’ ke tone Hitam Putih dan Kelabu dengan menggunakan program imejan bernama ‘Photoshop™’, hahahah.

Dia bilang nama dia ‘Fu’, senang ingat (cakap dia) dan kawan-kawan dia kat kampung dia pun panggil dia ‘Fu’ jugak, maka kat blog aku ni aku pun panggil dia ‘Fu’ jugak lah.

Si Fu ni (get it? ‘Sifu’ <– whoah hahahahah), yang nama penuhnya adalah Fulvio Notarstefano ada website sendiri, http://www.thegaslightshutter.com/ di mana dia berkongsi maklumat dan teknik percetakan fotografi abad ke 19 di alaf baru ni.

Sila lah lawat laman web dia ni bila ada sikit senang, kat situ dia cerita panjang lebar lagik. Fu ni akan berada di Malaysia sehingga Oktober 2009 untuk jalankan bengkel percetakan alternatif.

Bila aku ada sikit masa lapang aku akan cuba try test tengok masuk bengkel dia lah. Sekali sekala nak tahu jugak bender bender baru, di dalam perhal ini pulak, bender-bender ‘lama’ hahahah

__________________________

Tadik malam pulak…

..aku ber-’networking’ dengan rakan-rakan penggiat fotografi berjenama Alpha di Pelita sebelah KLCC nuh.{Dari Studio aku di Saujana Impian ke pintu masuk Pelita: 20 minit (aku masuk KL lebuhraya GrandSaga arah KL kurang trafik masuk, orang semua nak larik kuar KL maaaa). Dari pintu masuk Pelita nak dapatkan parking: lagik 7 minit! Ni salah satu contoh apasal aku tak nak bukak studio di KL area nak carik parking pun jem…}

Alpha ni jenama kamera dari Sony yang asalnya dikendalikan oleh Konica Minolta. Tengok ada lens Minolta yang lekat kat kamera Alpha A900 tuh.

Si Albert (yang fey-mes tuh) sedang mengperagakan aksesori lampu denyar buatan tangan hasil bikinan beliau (yang warna merah) serta bikinan Si Templar (yang berwarna hitam) tuh.

Sebab Alber (yang fey-mes tuh) masih lagik mau memperelokkan aksesori buatan tangan dia tuh, maka aku tak pinjam untuk buat ujian cuba try test tengok dengan kamera aku. Nanti lah bila dia dah siapkan aku akan cuba try test tengok dan hasil ujikaji post di blog ni lah…

_______________________________

Ini malam akan ber-TT sesama penggiat fotografi Kajang/Putrajaya/Cheras/Bangi/Puchong di Mamak ABC Puchong Puchong sekitar jam 8 malam ke atas. Mau join?

Meh ler, bawak ler gambar sekeping dua kasi aku kritik kaw-kaw apa salah silapnya dan machamana nak perbaiki lagik teknik fotografi nko. Kalau gambar nko teruk sangat, lepas aku ‘koyak’kan itu gambar (erm, aku ada jadik ahli panel penghakiman dua-tiga peraduan fotografi dalam beberapa tahun kebelakangan ini jadik aku tahulah aspek mana gambar engko yang aku nak ‘koyakkan’ bila nko sudah bilang sama aku konteks gambar nko tu heh heh heh) aku blanja nko teh tarik kaw potong jari kaki (sebab kena kenching manis, kalau nko banyak pekena teh tarik dan tak reti nak bersenam plak tuh) satu round.

Ada berani, malam ini turun TT?

This entry was posted in Gears and tagged , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Sessi Teh Tarik Bersama Kawan-kawan (aka TT session with a friend or two…)

  1. smashpOp says:

    hey i was there last night… arived at about 1045pm… albert told us u left… :(

  2. bella says:

    wah wahh :D di puchong :D macam best :P kamera aku ade org pinjam pulak.. lalallala~ bawak gambar kasik koyak2 mcm best.. hahahaha!

  3. padel says:

    abg ted, ramadhan workshop jgn lupo ajak den k :D

  4. Pingback: Ted Adnan’s Lighting blog (with bad grammars) and such… » Blog Archive » The Alternative Photography Workshop, 9th August 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>