This is default featured slide 1 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 2 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 3 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 4 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 5 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

 

…sekali lama tak update blog ni sebab sibuk ber-Instagram™, flickr™, twitter™, Facebook™, pinterest™, tumblr™ dan sesekali Google+™ daaa….. a.k. a. (Light tent dan anda, bagaimana hendak menggunakan nyalah, Bahagian 2)

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak kemaskini blog ini, kali terakhir tulis pun adalah pada bulan Februari 2014. Wah! Lama sungguh tu! al maklum lah, bila sudah ada telefon pintar (juga dikenali sebagai kamera ber-SIMkad) berjenama Samsung Note2, sekali ‘petik’ gambar, boleh terus (*ahem* selepas ‘edit’ pakai Snapseed di-ejas-kan kontras serta imbangan warna, dipangkas ke format segi empat sama lagi diletakkan frame di sekeliling gambar juga dan bermacham-macham kesan khas yang si Ted Adnan tu tak mimpi nak letak kat gambar yang dirakamkan dengan kamera Nikon D3 dan lensa f dua titik lapan dalam program imejan bernama Fotoshop™ lah) kongsi di laman-laman media sosial seperti Instagram™, flickr™, twitter™, Facebook™, tumblr™.

Tu diaaaa…. sangat lah mudah la ni hendak menyampaikan maklumat perihal 1st & 2nd breakfast serta apa nak makan lunch serta mengumpat keji maki orang sechara berjemaah lah juga.

#TedAdnanBilang… Aiseymen, tak best lah itu macham.

Ahaks lari tajuk.

Apa-apahal pun, sambungan dari entry yang lepas, jika tak gheti pakai light tent, bazir duit ajer beli lgiht tent tu. Jika ada pengetahuan teknikal tentang penataan chahaya lampu studio, boleh bikin DIY punya light tent, tapi sebelum tu, saya nak tanya pembacha semua boleh teka tak yang mana pakai light tent yang mana pakai softbox ajer?

LIght tent versus Softbox, yang man apakai light tent, yang man apakai softbox lah?

LIght tent versus Softbox, yang mana pakai light tent, yang mana pakai softbox lah?

Untuk anda yang mahu “meniru”, ini lah gambar BTS set-up penataan chahaya lampu studio saya lah.

BTS versus

(tersenyum menunggu jawapan di ruangan komen tak kunjung tiba tapi confirm bila kasik link kat twitter dan facebook kat sana lah paling banyak respons nya lah)

Perihal upgrade peralatan kamera tapi tak gheti nak upgrade skills… ( a.k.a.”ligh tent” dan anda, bagaimana nak menggunakan nya seada nya laarr.. )

Kadangkala akan berjumpa sesetengah orang yang berpendapat bila upgrade ( Orang Jawa bilang: “naik taraf”. Dikhabarkan “Upgrade” tu yang dibilang orang-orang duduk diam Bangsar lah juga ada nya Wallahualam bissawab… ) peralatan fotografi maka gambar akan otomatik bertambah chantek. Contohnya: Shoot motoGP test di Sepang International Circuit kelmarin kena sound sebab pakai lens kontot ( kebetulan Canon 1740 emm emm ) maka esoknya trus angkat 600 emm emm f ampat titik kosong ( lepas tu kena sound lagik sebab bila post gambar di Fesbuk™ gambar ada blur sebab kamera shake tak gheti handle lens panjang-panjang lagi dan duit perabih kat lensa tu takder bajet nak beli monopod lah pula aiseymen! ); kena ada studio “whiteroom” baru boleh dapat gambar studio chantek ( walhal pakai lampu denyar direct flash sebijik ajer atau abis kuat bounce ke payung. Eh, si Terry Richardson amik gambar pakai lampu denyar pun teknik Direct flash’ juga abiss tu camno? ) atau nak jual barang online ( Obat Kuat Tegang Sampai Sawan, Jamu Kasi Rapat, Salap Tegang Yang Kendur Malam Keliwon, Jam Breitling™ replica grade A++, Piston dan blok Demak 68mm kasik naik cc trus ke 200cc etc etc etc ) takder bajet nak amik si Ted Adnan Visual Artist shoot ( sebab dia caj mahal-mahal sebab nama dia dah pro! ) maka beli light tent sebijik shoot sindri dengan iPhone3Gs dan edit pakai Snapseed ajer ( macham si Ted tu selalu bilang di Instagram dialah! )

Geleng-geleng kepala sambil tersenyum juga bila bacha perihal ajaran sesat seperti di atas. Masalahnya bila di dalam media sosial, semua orang sangat lah “ahli” akan bidang yang sendiri pun tak gheti, yang nak tegur akan kesalahan akan dimaki ( aiseymen! ) yang sinis boleh bilang “tengok gambar lu bro? Kalau tak pakai Hasslebelad tak payah laarr nak tegur wa la bro..” ( double “Aiseymen!” juga ).

Jadi nak dipendekkan cheritera, jikalau anda banyak berniaga di talian melalui media sosial, ada lebih baik lah jika mahu promosikan barang jualan, gambar yang digunakan untuk promosi barang itu adalah gambar yang dirakamkan sendiri lah.

Pakai kamera ber-SIMKad seperti iPhone 4/5 atau Samsung Note2/3 dengan applikasi Snapseed pun sudah bagus! Ia lah gambar keluar Instagram ajer kan bukan nya nak print billboard 10 kaki x 40 kaki punya hahahah.

Mana-mana peniaga di talian bila spam ke Wall saya ( dan kadang kala telrepas ke email saya juga! ) dengan gambar ceduk ( a.k.a. Orang Jawa bilang: “churik!” ) dari In_nernet, maka Ted Adnan terus bilang… “Gagal Dot Com” lah juga ada nya.

Bagi yang perchaya akan barakahnya rejeki, walaupun masih takder bajet nak upah si Ted Adnan seorang Visual Aritst juga “Malaysian Professional Commercial Photographer” ( si Peter bilang, “Itu Ted Adnan arr, Bandaraya mode, semua sapu! Sport boleh, studio portrait boleh, fashion boleh, event boleh, video pun Boleh haiyaaa nanti chepat lar dia angkat itu BMW GS800 woorr tapi basikal Bianchi dia tak minat selalu pigi Putrajaya hari minggu sewa basikal RM20 satu hari sama Shah pusing-pusing Putrajaya woorrr ) dia tak main lah screenshot gambar kat Internet lepas tu buat watermark sendiri dia akan beli “light tent” dan sindri shoot.

Amenda “light tent” tu? Ni haa gambar nya baru amik sekejap tadik pakai kamera Nikon™ D3 dan lensa 2470 em emm f dua titik lapan di The Barebone Studio Saujana Impian Kajang…

The barebone Studio is a professional photography studio based in Saujana Impian Kajang Selangor 30 minutes south from Kuala Lumpur.

A light tent, yesterday…

Apakah itu “light tent”?

( Ada sekali terserempak dengan Pak Samad di kedai buku, saya ada bertanyakan persoalan perihal istilah teknikal yang tiada di dalam Bahasa Melayu, Pak Samad bilang, tidak salah pinjam istilah teknikal dengan syarat semua orang bacha boleh faham. Maka dengan ini saya tidak akan menggunakan istilah “Khemah Chahaya” untuk “light tent” ni, bunyi nya pelik weh! )

“Light tent” ni adalah binaan diperbuat dari kain putih dengan kerangka dari wayar boleh diruntuhkan ( Orang Jawa bilang, “collapsible frame”). Ada pun akan tujuan nya adalah untuk menuras chahaya supaya chahaya yang datang dari semua arah itu “lembut” dan kurang “kontrast” serta tiada “highlights” yang menyilaukan mata. Arakian “light tent” ini datang di dalam bermacham-macham saiz, saiz untuk benda benda kechik seperti chincin pun ada, saiz nak masukkan pasu bunga bonsai pun ada, saiz nak muatkan emak orang pun ada tapi harga akan jadik mahal lah pula. Tujuan nak latarbelakang putih ni sebab nak ‘asing’kan subjek dari latar belakang supaya mata tertumpu kepada subjek iaitu produk seperti yang ditaip sebentar tadi. Orang Jawa bilang latarbelakang putih ni “isolated background”.

Yang tidak pergi sekolah bilang ini “whiteroom”, aiseymen…

Okey berenti sekejap nak hisap Sampoerna™ Menthol ( agenda Zionis Yahudi ni rokok ni! ) satu round, lama dah tak bikin karangan panjang-panjagn macham ini lah…

( lek lu renti isap rokok sambil layan Dire Straits jap! )

——————————-

( Okey sambung! )

Apa khasiat nya “light tent” ini?

Untuk shoot “costume jewelry” kechik-kechik, pakai zoom lens 18-135mm oun Boleh! Tak Payah macro lens! Nak kasi “besar” crop lah dalam Photoshop sikit.
Untuk shoot “microstock” – senang macham makan kachang putih ajer nak dapatkan latar belakang putih. Jarang wooor tengok kat website microstock gambar latar belakang ijo, merah atau item. Banyak latar belakang putih ajer. Lepas tu nak kasik naik warna putih tu, main Photoshop™ sikit.
Untuk shoot “food” – sekali kuah tumpah kat kain “light tent” tu, boleh lah ‘bersihkan’ kuah tumpah tu dalam Photoshop sikit.
Pendekata, nak shoot ‘APA SAHAJA’ dengan kesan _seperti_ menggunakan lampu studio, boleh ajer pakai “light tent” ini, lepas tu main Photoshop™ sikit.

Ahaks jikalau tuan-tuan pembacha perchaya bulat-bulat akan apa yang ditaip di atas, terutama nya perihal “food” itu, minta ma’af lah ya? Yang itu TIDAK BENAR! Hujah utama saya di sini ialah achapkali apabila ada persoalan fotografi, jika ditanya pada si PENJUAL aksesori fotografi dia akan bilang semua “bagus” dan pujuk kita beli lah akan aksesori itu. Ia lah, memang kerja dia menjual peralatan fotografi, samada dia sendiri pakai itu belum tentu lagik!

Di dalam konteks “light tent” ini, ada baik dan buruknya bila merakamkan gambar product dengan aksesori bernama “light tent” ini. Boleh pakai seadanya, seperti di dalam gambar di atas, atau untuk menambah baikkan lagi gambar yang mahu dirakam, kena lah ada penata’an chahaya juga.

Nanti esok lusa saya sambung lagik perihal bagaimana merakamkan gambar produk samada dengan “light tent” ini atau dengan chara DIY ( Orang Jawa bilang, “You sindri buat lah!” ) atau dengan lampu studio mahal-mahal.

Jikalau anda mahu panggil si Ted Adnan shoot product dengan kos yang *ahem* rendah dan turnaround yang pantas menguunakan lampu studio ( sebab dia dah set lighting siap-siap dan edit pun sikit-sikit di dalam Lightroom™ ajer sebab dia tak gheti Photoshop™ ) pun BOLEH juga.

#TedAdnanBilang… Sila hubungi saya di tedadnan@gmail.com , text/whatsapp 0122315654 dan porfolio saya boleh dimuat turun dari sini juga :D :D :D

—————————-

Sekian Marketing hari ini.

Jalan-jalan: Kuala Lumpur Pt. 3 ( a.k.a. Xien Nien Fai Re’, Ma Dao Gong Zheng! )

..sekali jalan-jalan di Kuala Lumpur sempena cuti panjang sempena Tahun Baru Cina 2014, sekali terjumpa orang ramai pun jalan-jalan sekali daaa…

…jalan-jalan…

gambar lagik besar di -> sini <-